Nabi Muhammad di dalam Kitab-kitab Hindu
Nabi Muhammad di dalam Kitab-kitab Hindu
Oleh Dr. Z. Haq
Penterjemah: Huda Abdul Rahim
Tidak Pernah Ada Satu Umat Pun Tanpa Pemberi Peringatan
Qur’an 35:24
Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai
pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada
suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
Qur’an 16:36
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada tiap-tiap umat
(untuk menyeru): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah tuhan-tuhan yang
palsu itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi
petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah
pasti kesesatan hatinya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan
(rasul-rasul).
Qur’an 4:164
Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami
kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami
kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa
dengan langsung.
Ayat-ayat Al-Qur’an di atas memberi kesaksian bahawa Allah
(satu-satunya Allah Yang Benar) telah mengutuskan nabi-nabi kepada semua
umat manusia. Oleh itu, umat Islam tidak merasa hairan apabila menemui
ramalan-ramalan mengenai Nabi terakhir, Muhammad (s.a.w.), di dalam
kitab-kitab yang diwahyukan sebelumnya. Tambahan pula, Allah telah
mengambil perjanjian dengan Nabi-nabi supaya beriman dan membantu
Nabi-nabi Allah yang akan datang seperti yang dibayangkan oleh ayat-ayat
yang dipetik di bawah.
Perjanjian Allah Dengan Nabi-nabi
Qur’an 3:81-82
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi:
“Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah,
kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada
padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan
menolongnya”. Allah berfirman: “Apakah kamu mengakui dan menerima
perjanjianKu terhadap yang demikian itu?”. Mereka menjawab: “Kami
mengakui”. Allah berfirman: “Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi)
dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu”. Barang siapa yang berpaling
sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Pengenalan Ringkas Kepada Kitab-kitab Hindu
Veda, Upanishad, Purana dan Brahmana Granth adalah empat kitab suci di
dalam agama Hindu. Yang terakhir adalah ulasan ke atas Veda, tetapi ia
dianggap sebagai kitab yang diwahyukan. Kitab-kitab ini adalah di dalam
Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa suci dalam agama Hindu. Veda
dibahagikan kepada empat buku: Rig Veda, Yajur Veda, Sam Veda dan
Atharva Veda. Di antara keempat-empat buku ini, tiga buku pertama
dianggap kitab-kitab purba, dan Rig Veda adalah yang tertua. Rig Veda
dikompilasi dalam tempoh tiga zaman yang panjang dan berbeza. Terdapat
pendapat-pendapat yang amat berbeza mengenai tarik kompilasi atau
pewahyuan keempat-empat Veda ini. Swami Daya Nand, iaitu pengasas Arya
Samaj, berpendapat bahawa Veda diwahyukan 1.3 bilion tahun yang lalu
manakala sarjana-sarjana Hindu dan para orientalis lain berpendapat
bahawa usianya tidak melebihi empat ribu tahun. Analisa ke atas Veda
mendedahkan perbezaan di dalam penceritaan mengenai tempat-tempat di
mana buku-buku ini diwahyukan dan perbezaan mengenai para Rishi
(Nabi-nabi) yang menerima kitab-kitab ini. Walau bagaimanapun, Veda
adalah kitab yang paling tulen di antara kitab-kitab Hindu.
Upanishad adalah yang kedua selepas Veda dari segi ketinggian dan
ketulenannya. Namun sebahagian Pandit menganggap Upanishad sebagai lebih
tinggi daripada Veda, terutamanya disebabkan bukti dalaman yang
terdapat di dalam Upanishad. Yang ketiga tulen selepas Upanishad adalah
Purana. Purana adalah kitab yang dibaca dengan paling meluas di antara
kitab-kitab Hindu kerana ia boleh didapati dengan mudah (Veda sukar
diperolehi). Orang yang mengkompilasi Purana adalah Maha Rishi Vyasa,
dan beliau menyusun Purana ke dalam lapan belas jilid. Buku-buku ini
mengandungi sejarah penciptaan alam semesta, sejarah awal kaum Arya, dan
kisah hidup tuhan-tuhan Hindu. Purana telah diwahyukan sama ada pada
masa yang sama dengan Veda atau tidak lama sebelum itu. Kesucian Purana
diakui oleh semua kitab-kitab tulen agama Hindu.
Untuk suatu jangka masa yang lama, kitab-kitab Hindu berada
terutamanya di tangan golongan Pandit dan sekumpulan kecil yang telah
mempelajari bahasa Sanskrit (kebanyakan penganut Hindu mengetahui bahasa
Hindi dan hanya boleh memahami beberapa perkataan Sanskrit). Sir
William Jones yang merupakan seorang hakim dan pengasas Asiatic Society
of Bengal mempelajari bahawa Sanskrit pada dekad terakhir abad kelapan
belas. Beliau memainkan peranan penting dalam menimbulkan minat ke atas
kitab-kitab Sanskrit dan Hindu di Eropah, dan atas usahanyalah
kitab-kitab Hindu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of
India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa
mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka.
Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda
adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan
Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau
kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah
yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah
mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah
digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang
diwahyukan.
Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu.
Atharva Veda juga dikenali sebagai ‘Brahma Veda’ yang bermaksud Ilmu
Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa ‘Brahma’ sebenarnya adalah
Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan
ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila
seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab
adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi
Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di
dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau
Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim.
Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing
di dalam Veda.
Jadual 1
Brahma Abraham (Ibrahim)
Saraswati Sarah
Manu, Manuh Nuh
Latar belakang kepada Ramalan-ramalan
Memang diketahui umum bahawa penganut Hindu amat gemar memuja wira-wira,
dan adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa selepas suatu tempoh
masa yang lama, rasa hormat dan pujaan terhadap Nabi-nabi menyebabkan
ada golongan yang menganggap mereka sebagai dewa atau Tuhan.
Selanjutnya, terdapat juga kemungkinan bahawa Buku Ibrahim dan buku-buku
mengenai Nabi-nabi lain mengandungi ramalan-ramalan mengenai Nabi
Terakhir, Muhammad (s.a.w.). Ahli-ahli sejarah Muslim di India
berpendapat bahawa makam Nabi Sheesh dan Nabi Ayyub (Job) terletak di
Ayodhya, di wilayah Uttar Pradesh, India. Menurut Shatpath Brahmana,
pada zaman purba, Ayodhya dikenali sebagai Khosla.
Segolongan Pundit kini mulai menolak Purana hanya kerana mereka
menemui di dalamnya banyak ramalan-ramalan dan tanda-tanda yang nyata
mengenai kebenaran Nabi Muhammad. Suatu hujah telah dikemukakan bahawa
Purana yang ada kini tidak sama seperti koleksi yang dirujuk oleh Veda
dan bahawa kitab-kitab asal telah hilang. Namun begitu, dakwaan ini
tidak benar. Adalah mustahil bahawa semua Purana yang dibaca dengan
meluas dan dikaji dengan mendalam boleh hilang dan terhapus terus
manakala Veda yang hanya dibaca dan difahami oleh segolongan kecil kekal
utuh sehingga hari ini.
Satu lagi hujah untuk menentang ramalan-ramalan ini adalah bahawa ia
telah ditambah ke dalam Purana pada suatu masa yang terkemudian. Hujah
ini juga tidak berasas. Sebuah buku yang begitu dikenali, yang mempunyai
liputan yang meluas, dan dibaca pada masa-masa sembahyang yang
ditetapkan tidak mungkin boleh diubahsuai dengan begitu mudah. Tambahan
lagi, tidak mungkin semua Pundit dan golongan berilmu Hindu telah
bersepakat dan menambah ramalan-ramalan ini ke dalam Purana. Apa yang
aneh adalah bahawa pengubahsuaian yang dilakukan memihak kepada Nabi
Terakhir dan menentang agama mereka sendiri.
Semua kitab-kitab utama Hindu mengandungi ramalan mengenai Nabi
Muhammad. Di samping sifat-sifatnya, peristiwa-peristiwa di dalam
hidupnya, Ibrahim, Kaabah, Bakkah (Mekah) dan Arabia, ramalan-ramalan
ini menyebut namanya sebagai Mahamad, Mamah dan Ahmad. Nama Mahamad
muncul di dalam Purana, nama Mamah muncul di dalam Kuntap Sukt (di dalam
Atharva Veda) dan nama Ahmad muncul di dalam Sama Veda. Terdapat banyak
klasifikasi mengenai darjah kepentingan Veda telah dibuat. Contohnya,
di dalam Shatpath ada disebut bahawa Sama Veda adalah intipati semua
Veda. Di satu tempat di dalam Taittriya Brahmana, disebut bahawa “Alam
ini dicipta daripada Brahma, Vaisha dicipta daripada mantra Rig Veda,
Kashtriya dicipta daripada Yajur Veda dan Brahman dicipta daripada Sama
Veda”.
Ramalan Di Dalam Purana
Orang yang mengkompilasi Purana, iaitu Mahrishi Vyasa, adalah seorang
yang amat dihormati di kalangan penganut Hindu sebagai rishi agung dan
seorang yang berilmu. Beliau amat takwa dan takut kepada Tuhan. Beliau
juga mengarang Gita dan Maha Bharat. Salah satu jilid daripada lapan
belas jilid Purana adalah jilid yang bertajuk ‘Bhavishya Puran’, yang
bermaksud peristiwa-peristiwa akan datang. Penganut Hindu menganggapnya
sebagai Firman Tuhan. Ramalan yang menyebut nama Nabi Muhammad ditemui
di dalam Prati Sarg Parv III: 3,3, Ayat 5.
Sebelum terjemahan Bahasa Inggeris dikemukakan, perkataan Malechha
muncul di bahagian pertama ayat 5 perlu dijelaskan. Perkataan Malechha
bermaksud seorang lelaki yang berasal dari negara asing dan bertutur
bahasa asing. Sekarang, perkataan ini digunakan untuk merendahkan orang
yang tidak suci atau yang lebih buruk lagi. Penggunaannya berbeza-beza
dan bergantung kepada siapa yang menggunakannya dan untuk siapa
perkataan itu digunakan. Sir William Jones menghadapi kesukaran besar
untuk mendapatkan seorang Pundit yang mahu mengajarkannya Sanskrit
kerana beliau dianggap tidak suci (Malechha). Hanya setelah Maharaja
Shiv Chandra campur tangan baharulah Pundit Ram Lochna bersetuju untuk
mengajarnya Sanskrit.
Tidak diketahui sejak bila perkataan ini digunakan dengan maksud
menghina: sama ada sebelum kebangkitan Nabi Muhammad (s.a.w.), atau
selepas seorang raja Hindu, iaitu Maharaja Chakrawati Farmas (dari
Malabar yang terletak di tenggara India) menganut Islam semasa hayat
Nabi, tidak lama selepas ketibaan umat Islam di India pada tahun 711,
atau selepas masa itu. Mahrishi Vyasa yang mengkompilasi Purana telah
menakrifkan Malechha yang bijaksana sebagai “lelaki yang baik
tindak-tanduknya, amat bijak, tinggi kerohaniannya dan meninggikan
Tuhan”.
Banyak perkataan-perkataan Sanskrit dipinjam daripada
perkataan-perkataan Arab dan Ibrani dengan sedikit pengubahsuaian
seperti Brahma, Saraswati dan Manu seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 2 di bawah. Perkataan ini kelihatannya diterbitkan daripada
perkataan Ibrani, iaitu Ma-Hekha () yang bermaksud saudaramu (contohnya,
Dan dia (Ismail) akan tinggal bersama semua saudaranya. Genesis 16:12;
iaitu keturunan Ismail adalah saudara bangsa Israel). Dalam konteks
kitab-kitab Biblikal, perkataan ini bermakna keturunan Nabi Ismail
(Ishmael), dan memang diketahui bahawa Muhammad (s.a.w.) adalah
keturunan Nabi Ismail melalui anaknya yang kedua, iaitu Kedar. Sesiapa
yang boleh membaca skrip Arab dapat melihat dengan mudah bahawa terdapat
kesilapan dalam memisahkan Ma daripada Hekha yang menghasilkan satu
perkataan, iaitu ‘Malhekha’,

dan apabila diadaptasi kepada bahasa asing seperti Sanskrit, ia mungkin berbunyi seperti Malechha.
Jadual 2

Teks
Sanskrit dan terjemahan Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian
III:3,3 diberikan di bawah. (Bahagian berkotak di dalam teks Sanskrit
menandakan perkataan Mahamad atau Muhammad).

Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing)
yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama
sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad…
Terjemahan ayat 5 - 27 yang ditunjukkan di Lampiran A (teks Sanskrit
Purana, Prati Sarg Bahagian III:3, 3) yang merupakan hasil kerja Dr.
Vidyarthi dikemukakan di bawah:
“Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa
asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama
sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj)
memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia
mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas
dan tanda penghormatannya dan berkata, ‘Aku patuh kepadamu’. ‘Wahai
engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan
kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah
dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala).
Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang
terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu.”
“Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma
tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh
jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah
Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan
dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke
jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang
dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk
membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak
perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui
kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti
malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata
kepada Raja Bhoj: “Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi
agama-agama lain, tetapi menurut perintah ‘Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh
Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan
pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah
disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan
revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal.
Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak
akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui
peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama,
mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi
pengasas agama golongan yang memakan daging ini.”
Ramalan Di Dalam Kuntap Sukt (Atharva Veda)
Kuntap Sukt adalah bahagian-bahagian di bab kedua puluh Atahrva Veda, Ia
dibaca setiap tahun dalam sembahyang semasa perhimpunan-perhimpunan
besar, dan bila mana korban dipersembahkan. Setiap tahun, tujuh belas
pundit berkumpul untuk membaca mantra-mantra ini dengan penuh khusyuk.
Kuntap Sukt disebut di dalam beberapa kitab-kitab purba Hindu seperti
Aitreya Brahmana, Kaushitki Brahmana, Gopath Brahmana, Shankhayana
Shraut Sutar, Ashvlayana Shraut Sutar dan Vaitan Sutar.
Perkataan Kuntap bermakna menghapuskan dosa dan penderitaan;
perkataan ini terbentuk daripada perkataan ‘Kuh’ (dosa dan penderitaan)
dan ‘tap’ (menghapuskan). Perkataan Kuntap juga bermaksud ‘kelenjar yang
tersembunyi di abdomen’, yang bermakna bahawa maksud sebenar akan
didedahkan hanya kepada mereka yang mempunyai penglihatan yang dalam.
Sebagai perbandingan, Mekah digelar ibu kepada bandar-bandar (Umm al
Qura) atau pusat bumi. Dr. Vidyarthi menunjukkan bahawa perkataan Kuntap
diterbitkan daripada Bakkah (Mekah). Dalam analisa ke atas
perkataan-perkataan Sanskrit dan Arab yang mempunyai makna yang sama
seperti di dalam Jadual sebelum ini, perkataan ‘b’ di dalam bahasa Arab
digunakan sebagai ‘p’ di dalam bahasa Sanskrit (pada zaman kita, satu
contoh adalah minuman Pepsi; ia ditulis dan disebut sebagai Bebsi dalam
dunia Arab). Dalam kes tertentu, huruf Arab ‘t’ menjadi senyap dan
disebut sebagai ‘h’ bergantung kepada kedudukannya di dalam perkataan
berkenaan (lihat Jadual 3 di bawah). Sebagai contoh, ‘tun’ di dalam
Medinatun digantikan dengan ‘h’ dalam sebutan (kedua-dua ‘t’ dan ‘n’
digugurkan). Selanjutnya, banyak perkataan-perkataan Sanskrit yang
mempunyai perkataan yang selari dalam bahasa Arab ditulis terbalik
(lihat Jadual 2 di atas). Oleh itu, kita boleh melihat kesamaan di
antara perkataan Kuntap dan Bakkah (setiap satu mengandungi huruf k, n,
t, p). Selanjutnya, Dr. Vidyarthi menunjukkan daripada konteks ramalan
tersebut bahawa sesungguhnya Kuntap merujuk kepada Kaabah dan Mekah. Apa
yang menarik adalah perkataan Bakkah dan Kaabah menggunakan perkataan
akar yang sama.
Jadual 3
Disebut Sebagai
Ditulis di dalam Bahasa Arab Sebagai
Maksud atau Penggunaan
Medinah Medinatun Bandar
Bayt Baytun Rumah
Bakkah Bakkatu, Bakkatun Nama Khas, Bandar
Makkah Makkatu Nama Khas, Bandar
Jeddah Jeddatu Nama Khas, Bandar
Muhammad Muhammdun Nama Khas
Khadijah Khadijatu Nama Khas, Perempuan (penghujung ‘n’ tidak muncul dalam nama perempuan)
Mantra ketiga di dalam Kuntap Sakt ialah:

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:
“Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu”
Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang
disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi.
Perkataan “Muhammad” di dalam bahasa Arab bermaksud “yang dipuji”. Di
dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan
sedikit pengubahsuaian. Contohnya, ‘Mahmud’ Ghaznavi yang memerintah
sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama ‘Mamud’ Ghaznavi. Oleh
itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat
tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi
bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang
tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama
Nabi Idris dengan huruf pertama ‘i’ dipindahkan ke penghujung perkataan,
sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf ‘d’ digugurkan seperti
mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).
Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi
Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah
untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di
dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas
Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual
manusia yang tinggi.
Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang
paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi.
Umat Islam mengenali mereka sebagai ‘Ashra-i-Mubbashshara’. Mereka
adalah Abu Bakar (r.a.) , ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talha, Zubair, ‘Abdul
Rahman bin Auf, S’adbin Abi Waqqas, S’ad bin Zaid, dan Abu ‘Ubaidah
(moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut
di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - ’sepuluh jambangan bunga dari
syurga’.
Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada
sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang
tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan).
Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya
yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).
Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang
mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit ‘go’
diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan
bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu
digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita
dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka
adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta
perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.
Qur’an 48:29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama
dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih
sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia
Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari
bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat
mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya
maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan
tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati
penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang
kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara
mereka keampunan dan pahala yang besar.
Qur’an 5:54
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang
murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang
Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah
lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap
orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut
kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya
kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya)
lagi Maha Mengetahui.
Sebuah hadith Nabi Muhammad menjelaskan lagi ramalan ini. Ia
diriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari, Jilid 9, No. 159 dan terdapat
sedikit tambahan pada perinciannya di dalam Sahih Muslim, Sharh
an-Nawawi, Jilid 8. Hadith ini merujuk kepada mimpi Nabi ketika beliau
di Mekah, iaitu sebelum hijrah ke Madinah.
“Abu Musa meriwayatkan bawa Nabi (s.a.w.) bersabda, “Di dalam
mimpiku aku nampak bahawa aku berhijrah dari Mekah ke suatu tempat di
mana terdapat pohon-pohon kurma. Aku menyangka bahawa tempat itu adalah
Yamamah atau Hajar, tetapi rupa-rupanya adalah Yathrib (Madinah). Dan
aku nampak lembu-lembu (dipetik di dalam Sahih Muslim sebagai
lembu-lembu disembelih) di situ - dan bahawa apa yang ada di sisi Allah
adalah lebih baik. Akhirnya, lembu-lembu itu rupa-rupanya adalah simbol
orang-orang beriman (yang terbunuh) di (pertempuran) Uhud, dan yang baik
(yang aku lihat di dalam mimpiku) adalah ganjaran kebaikan dan
kebenaran yang Allah anugerahkan kepada kami selepas peperangan Badar.”
Hadith ini menunjukkan bahawa lembu-lembu di dalam mimpi tersebut
mewakili sahabat-sahabat Nabi. Oleh itu, sepuluh ribu lembu di dalam
mantra Veda merujuk kepada sepuluh ribu sahabat-sahabat Nabi Muhammad
yang beriman.
Terjemahan Bahasa Inggeris mantra (ayat-ayat) 1 hingga 13 tersebut
adalah dari Kuntap Sukt (Atharva Veda) yang merupakan hasil kerja Pandit
Raja Ram dan penterjemah-penterjemah Hindu lain, dan disenaraikan di
bawah. Teks di dalam [ ] ditambah untuk menghuraikan atau menerangkan
konteks ayat-ayat tersebut kepada pembaca.
1. Dengarlah wahai manusia! Seorang yang terpuji akan dipuji.
Wahai Kaurama, kami telah menerima dari kalangan Rushama enam puluh ribu
dan sembilan puluh [bilangan penduduk Mekah ketika Nabi berjaya
membebaskan Mekah].
2. Dua puluh ekor unta menarik kereta kudanya, dan dia membawa
bersama isteri-isterinya. The top of that carriage of chariot bows down
escaping from touching the heaven.
3. Dia memberikan Rishi Mamah seratus keping emas, sepuluh
kalungan, tiga ratus ekor kuda dan sepuluh ribu ekor lembu. [100 orang
sahabat awal, 80 orang daripada mereka berhijrah ke Habsyah, sepuluh
yang terpilih diberikan berita gembira tentang syurga oleh Nabi, 313
sahabat di peperangan Badar, dan 10,000 sahabat yang bersama-sama Nabi
semasa memasuki Mekah dan membersihkan Kaabah daripada berhala-berhala]
4. Sebarkanlah kebenaran, wahai engkau yang memuji [Ahmad],
sebarkanlah kebenaran, seperti mana burung menyanyi di pohon yang
berbuah ranum. Bibirmu dan lidahmu petah bagaikan sepasang mata gunting
yang tajam. [Keadaan Nabi ketika menerima wahyu melalui Malaikat Jibril]
5. Yang berdoa dan doa mereka bergegas bagaikan kerbau yang
tangkas. Hanya anak-anak yang tinggal di rumah, dan di rumah mereka
menunggu lembu-lembu itu. [Lembu-lembu merujuk kepada sahabat-sahabat
Nabi. Mereka menunaikan solat 5 kali sehari dengan taat pada masa yang
ditetapkan. Rujuk kepada kisah Peperangan badar, Uhud, dan Ahzab].
6. Wahai engkau yang memuji (Tuhan), bertindaklah dengan bijak,
yang akan membawa ganjaran lembu dan perkara-perkara yang baik.
Sebarkanlah ia di kalangan yang beriman, seperti mana pemanah mengacukan
anak panahnya ke sasaran. [kebesaran Qur'an]
7. Nyanyikanlah pujian yang tinggi kepada raja dunia ini atau
Cahaya Semesta Alam, yang merupakan tuhan dan yang terbaik di kalangan
manusia. Dia adalah pembimbing semua manusia dan memberikan perlindungan
kepada semua orang. [sifat-sifat Nabi Muhammad]
8. Dia yang menawarkan perlindungan kepada semua orang, membawa
kedamaian kepada dunia, sebaik sahaja dia menaiki takhta. Orang-orang di
tanah Kuru memperkatakan tentang kedamaian yang dibawanya semasa
membina rumah. [Di dalam Bahasa Ibrani, Kuru bermakna orang yang
melindungi rumah, dan Kore bermakna rumah. Ia merujuk kepada rumah
ibadat yang pertama, iaitu Kaabah. Dalam konteks ini, tanah Kuru
bermakna negeri Koreish. Mantra ini merujuk kepada pembinaan semula
Kaabah lima tahun sebelum kenabian Muhammad dan peranannya di dalam
mendamaikan suku-suku Koreish (Quraisy) yang mahukan penghormatan
eksklusif untuk meletakkan kembali Batu Hitam di tempatnya, dan
pertelingkahan ini hampir mencetuskan pergaduhan di kalangan mereka.
Batu Hitam adalah bahan suci dan adalah satu-satunya bahagian yang
tinggal daripada bahan asal yang digunakan untuk mendirikan Kaabah]
9. Di kalangan Raja, yang memberikan kedamaian dan perlindungan
kepada semua,seorang isteri bertanya suaminya sama ada dia perlu
menghidangkan untuknya dadih atau sebarang arak. [Disebabkan
perlindungan dan perintah Nabi, kaum wanita boleh mengembara dengan
bebas tanpa ditemani dan tanpa rasa takut]
10. Barli yang ranum tumbuh dari rekahan dan menjulang ke langit.
Orang ramai makmur di bawah pemerintahan raja yang melindungi semua.
[Manusia bangun dari lubuk kehinaan ke puncak kemuliaan].
11. Indra mengejutkan penyanyi dengan pujian-pujiannya dan
memintanya pergi kepada orang ramai dari serata arah. Dia diminta memuji
Indra, yang gagah dan semua orang beriman menghargai usahanya dan Tuhan
menganugerahkannya ganjaran. [Nabi menghantar beberapa pucuk surat
kepada beberapa orang raja dan pemerintah dari serata tempat untuk
menjemput mereka kepada Islam].
12. Lembu-lembu, kuda-kuda dan manusia bertambah dan berkembang di
sini kerana di sini ada seorang pemerintah yang amat murah hati yang
memberikan ribuan untuk kebajikan dan korban. [Sifat Nabi Terakhir].
13. Wahai Indra, lindungilah lembu-lembu ini, dan lindungilah
tuannya daripada bahaya. Wahai Indra, jangan biarkan musuh atau perompak
menewaskan mereka. [Indra merujuk kepada Tuhan dan lembu merukuk kepada
pengikut-pengikut Nabi yang beriman]
Untuk perbandingan, sila baca riwayat hidup Nabi Muhammad (s.a.w.)
dan apa kata orang bukan Islam mengenai Nabi Muhammad (s.a.w.).
Ramalan-ramalan Lain di Dalam Atharva Veda
Atharva Veda X, 2, 28: [mengenai Kaabah]

Sama ada ia dibina tinggi, sama ada dindingnya lurus atau tidak,
namun Tuhan tetap dilihat di setiap penjurunya. Dia yang mengenali Rumah
Tuhan mengenalinya kerana Tuhan diingati di situ.
Kaabah tidak tepat berbentuk segi empat dan sisinya tidak sama
panjang. Kaabah terletak di tengah-tengah Masjid Haram yang dibuka
sepanjang hari dan malam sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh
orang ramai yang berdoa kepada Allah (satu-satunya Tuhan Yang Benar).
Umat Islam menghadapkan wajah mereka ke arahnya semasa sembahyang,
membentuk suatu bulatan di rumah Suci dan bulatan ini melunjur di
seluruh permukaan bumi.
Atahrva Veda X, 2, 31 [mengenai Rumah Suci dan Kaabah]

Tempat tinggal malaikat ini mempunyai lapan bulatan dan sembilan
pagar. Ia tidak dapat ditakluki, ia kekal abadi dan ia gemilang dengan
cahaya yang Tertinggi.
Masjid Haram yang di tengah-tengahnya terletak Kaabah dibuka siang
dan malam sepanjang tahun dan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang
bersembahyang dan berdoa kepada Allah (satu-satunya Tuhan Yang Benar).
Ia tidak pernah ditakluki. Abrahah al-Ashram, gabenor Yaman pernah cuba
merobohkannya pada tahun 570 M dengan angkatan tentera yang kuat dan
sekumpulan gajah-gajah tetapi dihalang daripada memasuki bandar tersebut
(kawasan suci). Penduduk Mekah memutuskan untuk tidak mempertahankan
Kaabah dan lari meninggalkan bandar itu dan berlindung di bukit-bukit
yang berhampiran dengan Kaabah. Dengan perintah Allah, burung ababil
telah melemparkan batu kepada tentera Abrahah dan menghancurkannya,
meninggalkan mereka bagaikan tanaman yang rosak dimakan ternakan.
Peristiwa ini diterangkan di dalam Surah (bab) 105 di dalam Qur’an.
Tahun 570 lebih dikenali oleh orang Arab sebagai Tahun Gajah dan Nabi
Muhammad dilahirkan pada tahun tersebut.
Dr. Vidyarthi mengetengahkan fakta-fakta berikut. Rumah Tuhan
mempunyai sembilan pintu - Baab-e-Ibrahim, Baab-al Widaa, Baab-as-Safa,
Baab-e-Ali, Baab-e-Abbas, Baab-un-Nabi, Baab-as-Salaam, Baab-az-Ziyarat
dan Baab-e-Haram. Selanjutnya, terdapat lapan bulatan yang merupakan
garisan semula jadi yang melingkari kawasan-kawasan di bukit-bukit
sekitarnya. Nama bukit-bukit tersebut adalah Jabal-e-Khaleej,
Jabal-e-Qaiqaon, Jabal-e-Hindi, Jabal-e-Laalaa, Jabal-e-Keda,
Jabal-e-Abu Hadidah, Jabal-e-Abi Qabees dan Jabal-e-Umar.
Atharva Veda X, 2, 33 [mengenai Ibrahim, Masjid Haram dan Kaabah]

Brahma (Abraham/Ibrahim) tinggal di sini yang diterangi oleh cahaya
dari langit dan dihujani keberkatan Tuhan. Ia adalah tempat yang
memberikan kehidupan (spiritual) kepada manusia dan tidak dapat
ditakluki.
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia tidak pernah
ditakluki sehingga ke hari ini seperti yang diceritakan oleh ayat di
atas. Banyak ayat-ayat di dalam Qur’an dan Perjanjian Lama, Bible yang
menceritakan keberkatan yang dianugerahkan Tuhan ke atas Rumah Suci ini.
Ramalan Di Dalam Sama Veda
Sama Veda mengandungi banyak ramalan-ramalan tentang kebangkitan Nabi
Muhammad. Salah satu daripadanya dibentangkan di sini. Di dalam Sama
Veda, II:6, 8 kita dapati:

Ahmad menerima undang-undang agama (Syariah) daripada Tuhannya.
Undang-undang agama ini penuh dengan kebijaksanaan. Aku menerima cahaya
daripadanya seperti menerima cahaya dari mentari.
Nama lain bagi Nabi Muhammad adalah Ahmad (kedua-duanya adalah
daripada huruf akar h, m dan d); kedua-dua nama bermakna “yang terpuji”
tetapi nama kedua menekannya pada darjah yang lebih tinggi. Qur’an
menyatakan bahawa Nabi Isa (Jesus a.s.) menyebut Nabi terakhir sebagai
Ahmad.
Ramalan Di Dalam Rig Veda
Rig Veda V, 27, 1

Pemilik kereta kuda, yang benar dan mencintai kebenaran, yang amat
bijaksana, berkuasa dan pemurah, Mamah [Muhammad] telah memilihku dengan
kata-katanya. Anak kepada yang Maha Berkuasa, yang memiliki semua
sifat-sifat yang mulia, yang mengasihani dunia telah menjadi masyhur
dengan sepuluh ribu [sahabat].
Ini merujuk kepada sepuluh ribu orang sahabat-sahabat Nabi yang
menang semasa pembukaan Mekah dan membersihkan Kaabah daripada berhala
dan segala kehinaan.
Ramalan-ramalan Lain Di Dalam Kitab Hindu
Veda mengandungi banyak ramalan mengenai Nabi Muhammad. Beberapa
penterjemah Eropah dan Hindu yang menterjemah Veda telah membuang nama
yang merujuk kepada Nabi sementara yang lain cuba menerangkan ayat-ayat
mengenai peristiwa-peristiwa di dalam kehidupannya, Kaabah, Mekah,
Arabia dan peristiwa-peristiwa lain dengan menggunakan terminologi Hindu
seperti ritual penyucian, dan tanah dan sungai-sungai di India.
Beberapa Mantra mengandungi ramalan-ramalan yang bercampur-baur dengan
penjelasan-penjelasan yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada
ramalan tersebut.
Beberapa ramalan ditemui di dalam Atharva Veda: (1) XX: 21, Ayat 6, 7
dan 9; (2) XX:137, Ayat 7 - 9; dan (3) X:2, Ayat 26, 27, 28, 29, 30 dan
32. Begitu juga beberapa lagi ramalan ditemui di dalam Rig Veda: (1)
VII: 96, Mantra 13 - 16; dan (2) I: 53, ayat 6 dan 9. Akhir sekali, satu
ramalan ditemui di dalam Sama Veda III: 10, Ayat 1. Ini hanyalah
beberapa contoh daripada banyak ramalan-ramalan. Pembaca yang beri minat
untuk merujuk kepada hasil kerja seorang sarjana boleh membaca buku Dr.
Vidyarthi bertajuk “Mohammed in World Scriptures”, 1990. Buku ini
menerangkan terminologi Hindu yang digunakan di dalam Mantra dan makna
serta penggunaan perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu di
dalam Veda dan Kitab-kitab Hindu yang lain.
Tiada Paksaan Di Dalam Agama
Qur’an 2:256
Tiada paksaan dalam agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang salah. Kerana itu barang siapa yang engkar kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang
kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Rujukan
1. Abdul Had Vidyarthi, “Muhammad in World Scriptures”, Adam
Publishers 1990. (Merangkumi bab-bab mengenai Kitab-Kitab Zoroastri dan
Hindu)
2. A.H. Vidyarthi dan U. Ali, “Muhammad in Parsi, Hindu and Buddhist Scriptures”, IB.
Notakaki
1. ‘Allah’ adalah nama khas untuk Satu-satunya Tuhan Yang Benar,
Pencipta dan Pemelihara alam semesta yang tiada yang setara dengannya.
Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Perkataan ‘Allah’ juga
digunakan oleh penganut-penganut Kristian Arab dan bangsa Yahudi sebagai
nama Tuhan (Eloh-im di dalam Bahasa Ibrani; ‘Allaha’ di dalam Bahasa
Aramaic, iaitu bahasa ibunda Nabi Isa/Jesus (a.s.)). Perkataan ‘Allah’
tiada bentuk majmuk tidak dikaitkan dengan mana-mana jantina.
LAMPIRAN A
Purana, Prati Sarg Bahagian III: 3,3 Ayat 5-27

Huda
/@cwi